~~Kepok Lekor Maghi Dohhh…. :-D

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah kita semua dipanjangkan usia untk menghirup udara yg segar dan menikmati kehidupan yg fana ini..

Sempena Hari Ibu ni, teringat MrsChefHayyati kpd bonda tersayang..especially masakan bonda huhu Salah satunya keropok lekor ni lh, org tranung panggil Kepok Lekor hehhe

“Sharing Is Caring”…so ada baiknya klu kte share resipi keropok lekor ni sm2 kn

Bahan-bahannya
  • 12 ekor ikan kembong (kalau nak guna ikan selayang pun ok)
  • ½ cawan tepung sagu
  • Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya
  • Bersihkan ikan. Buang kulit dan ambil isinya sahaja.

Image

  • Masukkan isi ikan tadi dan blend sehingga lumat atau hancur.
  • Kemudian, masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan campurkan garam serta tepung sagu.
  • Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.

Image

  • Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.

Image

  • Dalam periuk, rebus air sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi.
Image

  • Bila keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup api.
  • Angkat keropok tadi dan toskan.

Image

Siap sudaaa…hehhe ..Ni keropok lekor yang dah siap direbus. Boleh dimakan selalu (begitu sahaja) dan boleh digerong juga. Ps2 cicah sos.. Ni mknn wajib tapau bila blk kg huhu
Pesanan MrsChefHayyati: “Sesungguhnya Tangan Yang Memberi Itu Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima. Bersedekahlah dengan Seikhlasnya”
Sekadar Renungan :
Hadith :
Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”

“”Ikhlaskan hati & Selamat Bersedekah””

Jazakallahu khairan kathira wa ilal liqa’…

……………………………………………………<<<<<oooo>>>>>……………………………………………………

Satar oo Satar…I like!!!

Assalamualaikum wbt…

Seterusnya MrsChefHayyati nk share resipi satar plk.. mmg kegemaran MrsChefHayyati ni

Bahan-bahan

  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara Penyediaan

  • Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan.
  • Campur dengan semua bahan.
  • Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  • Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  • Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar.
  • Bakar diatas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  • Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu ‘kuat’ dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

Ni la rupa satar tu..

Image

Jom la cuba..Enak Bangat…

Pesanan MrsChefHayyati : “Bila makan, jangan banyak bersungut dibimbangi rezeki akan ditarik oelh Allah. Tak semestinya dalam bentuk makanan sj, mgkn dr segi kesihatan, masalah keluarga dan kerjaya dsb”.

“”Ikhlaskan hati & Selamat Menyediakan Hidangan Anda””

Jazakallahu khairan kathira wa ilal liqa’…

……………………………………………………<<<<<oooo>>>>>……………………………………………………